suria

Kelantan Siap Sedia Hadapi Kemungkinan Banjir Gelombang Kedua

KOTA BAHARU: Jabatan dan agensi yang terlibat dengan pengurusan bencana banjir di Kelantan sudah bersiap-sedia menghadapi kemungkinan berlaku gelombang kedua banjir dan yang seterusnya yang diramal berlaku sepanjang musim tengkujuh ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Kelantan Datuk Makhtar Mustapha berkata antara persediaan yang dibuat termasuk mengenal pasti 729 pusat pemindahan sementara serta menyediakan stok barangan keperluan.

"Kita telah hantar stok bekalan seperti makanan, tikar dan sebagainya ke 170 pangkalan hadapan sebagai persiapan menghadapi sebarang kemungkinan," katanya yang juga Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Banjir di sini Rabu.

Dalam gelombang pertama banjir yang bermula 3 Disember lepas, seramai 3,718 mangsa dari 1,165 buah keluarga khasnya di jajahan Pasir Mas, Kuala Krai, Pasir Puteh, Tumpat, Tanah Merah dan Machang terbabit. - BERNAMA

Artikel Berikut

1,073 Mangsa Banjir Di Pahang

Artikel Lain