suria

Gani Patail Sedia Beri Surat Kebenaran Semak Akaun Bank Kepada Rafizi

Abdul Gani Patail
Abdul Gani Patail
Abdul Gani Patail

KUALA LUMPUR: Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengulangi kesediaan beliau memberi surat kebenaran yang diminta anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli untuk meneliti semua akaun banknya, termasuk di Hong Kong.

Abdul Gani berkata beliau telah membuat kenyataan tentang perkara berkenaan sebelum ini dan pengarah strategi PKR itu tidak perlu bersusah payah berjumpa dengan Suruhanjaya Bebas Antirasuah Hong Kong (ICAC).

"Beliau tak perlu bersusah payah. Apa yang perlu dilakukannya sekarang ialah datang berjumpa saya dan saya akan beri surat kebenaran bagi memudahkannya memeriksa akaun saya di Hong Kong, jika ada," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah bertajuk "Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA)" di sini, Rabu.

Beliau berkata Hong Kong juga mempunyai badan seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Rafizi boleh membuat carian tanpa banyak masalah.

"Kalau ada (akaun bank), ia tentunya suatu keajaiban," kata Abdul Gani, yang begitu tegas dengan pendiriannya (untuk mengeluarkan surat berkenaan kepada Rafizi).

Sebuah portal berita hari ini memetik Rafizi sebagai berkata PKR akan memohon kerjasama pihak berkuasa Hong Kong untuk menyiasat tuduhan salah laku terhadap Abdul Gani oleh bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim dalam perisytiharan berkanunnya setebal 31 muka surat baru-baru ini.

Abdul Gani menafikan sekeras-kerasnya tuduhan dan menyifatkannya sebagai tidak berasas. -BERNAMA

Artikel Berikut

1,073 Mangsa Banjir Di Pahang

Artikel Lain