suria

PLUS : Laluan Kontra Dibuka Di Lebuhraya Utara-Selatan Mulai Esok

KUALA LUMPUR: Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) akan membuka satu laluan kontra antara Persimpangan Sungai Buloh ke Bukit Lanjan, di Lebuhraya Utara-Selatan selama tiga hari bermula Rabu.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, PLUS berkata laluan kontra di Km458.4 ke Km457.2 akan dibuka dari 11 malam hingga 4 pagi bagi membolehkan kerja pemasangan rasuk di Jambatan Sungai Hampar.

Sehubungan itu, PLUS menasihati semua pemandu yang menggunakan laluan tersebut mematuhi semua papan tanda serta arahan yang diberikan pihak PLUS.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi PLUS di talian 1-800-88-0000. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain