suria

Polis Nafi Berlaku Rusuhan Di Bentong

KUCHING: Ketua Polis Daerah Betong, DSP Wan Zaizodin Wan Jaafar berkata, keadaan dan suasana keselamatan di kawasan Betong adalah terkawal serta normal dan tiada rusuhan berlaku seperti yang disebarkan.

"Saya minta tiada lagi pihak yang cuba menyebar khabar angin kononnya ada rusuhan berlaku. Apa yang berlaku hanya andaian semata-mata," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Ahad.

Dalam kejadian pada Sabtu, seorang pekerja warga Indonesia di Ladang Raja Udang, Pusa, kira-kira 300km dari sini, mati ditembak kerana menyerang polis ketika cuba ditenteramkan selepas dia mengamuk dan mencederakan rakannya.

Anggota polis dari Balai Polis Pusa tiba setengah jam selepas menerima laporan, polis cuba mengawal keadaan dan memujuk lelaki berkenaan supaya menyerah diri, bagaimanapun dia bertindak menyerang polis menyebabkan mereka terpaksa melepaskan satu das tembakan mengenai bahagian dadanya.

Wan Zaizodin berkata, anggota polis ditempatkan di kawasan itu untuk memantau keadaan. - BERNAMA

Artikel Lain