suria

Ketua & Pengikut Tuhan Harun Didakwa Bunuh Pegawai JAIP

KUANTAN: Seorang pengikut ajaran sesat 'Tuhan Harun', Sumustapha Suradi, 39, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, pagi Isnin atas tuduhan dengan niat bersama dua lagi yang masih bebas membunuh Ketua Penolong Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abd Malek pada 10 November lalu.

Ketua ajaran sesat itu, Harun Mat Saat, 47, bersama isteri ketiganya, Azida Mohd Zol, 30, dan Shaizral A Eddie Nizam Shaari, 37, didakwa mengikut Seksyen 120B(1) yang dibaca bersama Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana dituduh melakukan konspirasi jenayah.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang tiba dengan kawalan ketat polis.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membawa hukuman mati mandatori.

Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali kemudian membenarkan pemohonan Timbalan Pendakwa Raya, Salim Soib @ Hamid untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi pada Isnin.

Artikel Lain