suria

PM: Enam Bidang Gelombang Kedua Dasar Pandang Ke Timur Perlu Diberi Tumpuan

TOKYO: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat menggariskan enam bidang yang perlu diberi tumpuan dalam gelombang kedua Dasar Pandang Ke Timur (LEP 2.0) iaitu daripada teknologi canggih hingga bidang berkaitan warga emas.

Mengenai teknologi canggih, Perdana Menteri berkata, ia adalah mengenai kerjasama ekonomi bagi meningkatkan aliran penyelidikan dan inovasi dari institusi Jepun, dalam pelbagai perkara daripada nanoteknologi kepada biologi dan teknologi alam sekitar.

Menggariskan bidang kedua iaitu pembangunan kemahiran berteknologi tinggi, Najib, yang berada di sini untuk lawatan kerja sempena Sidang Kemuncak Peringatan 40 Tahun Penubuhan Hubungan Dialog Asean-Jepun, berkata ia mengenai pembangunan kemahiran berasaskan pengetahuan baharu untuk mengiringi teknologi baharu.

Bercakap mengenai bidang lain iaitu pembangunan perkhidmatan mewah, beliau berkata, ia adalah mengenai membangunkan pengetahuan Jepun dalam perkhidmatan seperti hospitaliti dan penjagaan kesihatan dan membuka bidang kerjasama baharu.

"Gelombang kedua Dasar Pandang Ke Timur adalah mengenai industri masa depan: berteknologi tinggi dan rendah karbon," katanya dalam ucaptama beliau di pembukaan rasmi Persidangan ke-32 Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun (Majeca) dan Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia (Jameca) di Imperial Hotel di sini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain