suria

DAP Mahu ROS Tarik Balik Larangan Buat Keputusan

Karpal Singh
Karpal Singh
Karpal Singh

GEORGE TOWN: DAP akan menyerahkan maklumat tambahan yang diminta oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung kongres khas dan pemilihan semula jawatankuasa eksekutif pusat (CEC)nya.

Namun kata Pengerusi DAP Karpal Singh, parti itu mahu ROS menarik balik arahan melarang CEC yang baharu dipilih membuat keputusan.

"Kami tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang jika ROS bertegas dengan larangan menyekat CEC baharu DAP daripada membuat keputusan," katanya dalam sidang media, di sini, Jumaat.

Dilaporkan parti itu menerima surat daripada ROS bertarikh 6 Disember yang menyatakan parti berkenaan menghantar laporan tidak lengkap mengenai kongres khas dan pemilihan semulanya yang berlangsung pada 29 September lalu.

ROS juga menasihati CEC agar tidak melaksanakan sebarang keputusan sementara menunggu siasatan lanjut dijalankan.

ROS antara lain meminta DAP menyertakan senarai penuh 2,578 anggotanya, cawangan dan alamat mereka, serta senarai penuh 1,740 anggota yang mengundi dalam kongres khas itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain