suria

Bayi Ditemui Di Belakang Rumah Di Puchong

KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui di sebuah lorong di belakang sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan BK 4/6, Bandar Kinrara, Puchong malam Jumaat.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Abdul Razak Elias berkata bayi yang masih bertali pusat itu ditemui kira-kira 12.10 tengah malam tadi oleh seorang wanita yang tinggal berhampiran.

"Wanita itu terdengar bunyi tangisan bayi tanpa henti antara pukul 11.30 malam hingga 12.10 malam. Dia lalu menjenguk dari tingkap dapur rumahnya dan mendapati seorang bayi di belakang rumahnya," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata wanita itu kemudiannya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang.

Bayi itu dihantar ke Hospital Serdang dan keadaannya dilapor stabil.

Abdul Razak berkata pihak polis turut menemui sehelai sarung bantal yang terdapat kesan darah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain