suria

Trafik Sesak Di Lembah Klang Akibat Hujan Lebat Dan Banjir Kilat

PETALING JAYA: Banjir kilat di beberapa kawasan di Lembah Klang menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di pusat bandar, Lebuhraya Persekutuan serta Lebuhraya Plus dan Sprint.

Jalan-jalan dari Jalan Raja Chulan menuju ke arah Jalan P.Ramlee terjejas dengan laporan menyatakan bahawa hanya kenderaan berat dapat melepasi laluan.

Jalan Sultan Ismail juga terjejas, menyebabkan kesesakan berlaku di jalan-jalan menuju keluar dari pusat bandar.

Walaupun hujan lebat dan banjir di beberapa kawasan, terowong Smart masih dibuka di kedua-dua arah.

Di lebuhraya Plus, kemalangan dilaporkan di KM 19.3 jalan Damansara - Kota Damansara dan lalu lintas menuju ke arah Subang dilaporkan perlahan.

Trafik dari Nilai menuju ke arah Seremban juga perlahan di lebuh raya Plus.

Kelewatan dijangka di Lebuhraya Persekutuan dengan laporan menunjukkan bahawa trafik sesak di kedua-dua arah.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

5,607 Mangsa Banjir di Pahang

Artikel Lain