suria

Pendedahan Mengenai Syiah Untuk Sedarkan Masyarakat - KPN

Khalid melihat lebih dekat contoh CCTV yang dipasang di sekitar Shah Alam selepas melancarkan "United Againts Crime Through Eyes in the Sky" dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Jumaat. -fotoBERNAMA
Khalid melihat lebih dekat contoh CCTV yang dipasang di sekitar Shah Alam selepas melancarkan
Khalid melihat lebih dekat contoh CCTV yang dipasang di sekitar Shah Alam selepas melancarkan "United Againts Crime Through Eyes in the Sky" dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Jumaat. -fotoBERNAMA

SHAH ALAM: Pendedahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai penularan fahaman Syiah di negara ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat mengenai fahaman itu yang jika tidak dibendung, ia mampu beralih menjadi militan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata pendedahan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai Syiah adalah sebagai ingatan kepada orang ramai untuk tidak memberi peluang kepada fahaman itu dari terus tersebar kerana ia hanya boleh mengundang bahaya sebagaimana yang berlaku negara-negara Timur Tengah.

"Tengok apa yang berlaku di Syria, Iraq dan paling teruk Pakistan. Apabila Syiah menjadi besar, mereka beralih menjadi militan dan berlaku pertembungan orang Sunni dengan Syiah," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Terdahulu beliau merasmikan program mencegah jenayah 'United Against Crime Through Eyes In The Sky' di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Khalid berkata pihak polis tidak akan berkompromi jika berlaku ancaman terhadap keselamatan dan ketenteraman awam dan ia akan sentiasa memantau kegiatan Syiah.

Beliau berkata polis akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk membendung fahaman itu.

Pada minggu lepas, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno mendakwa pemimpin nombor dua PAS turut terlibat dengan fahaman Syiah sementara semalam Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sebagai cenderung dan terlibat dengan fahaman Syiah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

5,607 Mangsa Banjir di Pahang

Artikel Lain