Naib Ketua Muslimat PAS Pulau Pinang Tuntut Fasakh - Semasa | mStar

Naib Ketua Muslimat PAS Pulau Pinang Tuntut Fasakh

BUKIT MERTAJAM: Mahkamah Rendah Syariah Daerah Seberang Perai Tengah di sini pada Khamis menetapkan 20 Jan depan untuk Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang Rahmah Md Isa memfailkan jawapan kepada pembelaan dan tuntutan balas suaminya.

Hakim Syarie Faiyzan Ahmad menetapkan tarikh itu terhadap permohonan fasakh Rahmah daripada suaminya Zarkasyi Abdullah, 45.

Rahmah, 52, membuat permohonan fasakh terhadap suaminya yang berketurunan Acheh dari Indonesia pada Ogos lepas dan mendakwa suaminya itu tidak bertanggungjawab, tidak memberi nafkah serta menuduhnya mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Rahmah yang juga Ahli Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang diwakili peguam Sarina Md Zain manakala Zarkasyi diwakili peguam Shazril Khairy Mustafa.

Sementara itu, Zarkasyi yang ditemui pemberita di luar mahkamah berkata mereka berkahwin sejak 1993 dikurniakan lima anak yang berusia antara sembilan hingga 20 tahun. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain