suria

Mangsa Banjir Di Pahang Terima Bantuan Khas Kerajaan Negeri RM250 - MB

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob menjawab soalan media ketika sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Banjir Negeri di Yayasan Pahang, dekat Kuantan, Jumaat. -fotoBERNAMA

KUANTAN: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob pada Jumaat mengumumkan bantuan khas kerajaan negeri berjumlah RM250 kepada mangsa banjir di negeri ini.

Beliau berkata bantuan itu diberikan kepada setiap rumah yang terbabit banjir.

Dianggarkan lebih 13,000 rumah terbabit dalam banjir buruk di Pahang.

Menteri Besar berkata bantuan itu akan diberikan bersama-sama bantuan khas banjir RM500 kerajaan pusat sepertimana yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Negeri di sini, Jumaat.

Adnan juga berkata Anggota Dewan Undangan Negeri dan pejabat daerah akan membuat bancian terhadap rumah yang musnah keseluruhannya seperti di kawasan perkampungan Sungai Isap di Kuantan, untuk diberikan bantuan tertentu yang bentuknya akan ditentukan kemudian.

Selain itu, beliau berkata kerajaan negeri juga akan memberikan rebet bil air kepada mereka yang terbabit banjir dan jumlahnya akan ditentukan kemudian.

Ditanya jumlah kerugian akibat banjir kali ini, Menteri Besar berkata dianggarkan lebih 13,000 rumah terbabit banjir dengan setiap rumah dianggarkan mengalami kerugian sehingga mencecah RM30,000.

"Kita bagaimanapun masih belum dapat buat taksiran sebenar kerugian akibat bencana itu," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

5,607 Mangsa Banjir di Pahang

Artikel Lain