suria

Mangsa Banjir Di Pahang Meningkat Kepada 5,566

Sekumpulan kanak-kanak di Kampung Pulau Rusa bermain air banjir di hadapan rumah mereka selepas kampung itu ditenggelami banjir ketika tinjauan fotoBernama di Pekan, Pahang, Jumaat. -fotoBERNAMA

KUANTAN: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Pahang menunjukkan sedikit peningkatan iaitu 5,566 orang berbanding 5,515 yang direkod petang Jumaat.

Ini berikutan air banjir yang mula surut di kawasan hulu Pahang mengalir ke daerah Pekan.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga 9 malam Jumaat, kesemua mangsa banjir daripada 1,407 keluarga itu ditempatkan di 55 pusat pemindahan dari 48 penempatan di empat daerah yang terjejas akibat banjir.

Daerah Pekan masih merekodkan jumlah penempatan mangsa tertinggi iaitu 4,043 berbanding 3,992 orang petang Jumaat di 37 pusat pemindahan, disusuli Kuantan (736 orang di empat pusat), Maran (724 di 12 pusat) dan Bera (63 di dua pusat).

Di KUALA TERENGGANU, hanya satu pusat pemindahan masih beroperasi iaitu di daerah Marang susulan banjir di Dungun dan Kemaman pulih sepenuhnya petang Jumaat.

Ketika ini, sejumlah 22 orang daripada 8 keluarga masih ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Pasir Putih. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

5,607 Mangsa Banjir di Pahang

Artikel Lain