suria

KPN Ingatkan Warga Asing Jangan Cuba Buat Rusuhan

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika berucap pada Majlis Menandatangani Momarandum Persefahaman dan Kerjasama (MoU) antara Lions Club International dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Kuala Lumpur, Jumaat. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Polis memberi amaran kepada warga asing di negara ini agar tidak cuba membawa gelombang rusuhan di Little India, Singapura pada Ahad lepas ke Malaysia.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar turut mengingatkan bahawa mereka berdepan tindakan undang-undang jika terlibat dalam sebarang rusuhan.

"Jangan cuba-cuba nak memperlekeh (kita) dengan melakukan perkara itu. Seandainya berdegil, mereka perlu berdepan setiap tindakan undang-undang," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Lions Clubs International 2013 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berkaitan rusuhan di Singapura, yang pertama dalam sejarah negara jiran itu, membabitkan 27 warga Asia Selatan.

Khalid menandatangani MoU berkaitan pencegahan jenayah itu bagi pihak PDRM manakala Lions Club International diwakili Gabenor Daerahnya, Lau Tengh Chye.

Mengulas MoU itu, beliau berkata PDRM dan Lions Clubs International merancang memperluas skop kerjasama dengan mempertingkat kesedaran orang ramai terhadap jenayah siber.

"Ini kerana ramai rakyat Malaysia menjadi mangsa penipuan Internet," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

5,607 Mangsa Banjir di Pahang

Artikel Lain