suria

Jurutera Lynas Ditemui Mati Lemas

KUANTAN: Seorang jurutera kilang nadir bumi Lynas mati lemas di sebuah kolam di kawasan kilang itu di kawasan Perindustrian Gebeng di sini, Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Abdul Aziz Ahmad berkata Mohamad Fadzli Mohamad Rafdzi, 33, dipercayai tergelincir dan terjatuh ke dalam kolam itu pada kira-kira 9 pagi.

"Seorang rakan mangsa, Sharizal Samsudin, 40, membuat laporan polis di Balai Polis Gebeng sejurus kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Jumaat.

Beliau berkata polis dan anggota Bomba dan Penyelamat bergegas ke lokasi kejadian dan menemui mayat mangsa di kolam itu pada 2.40 petang dan mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat.

"Hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat lemas dan tiada sebarang unsur jenayah namun polis masih menjalankan siasatan lanjut," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

5,607 Mangsa Banjir di Pahang

Artikel Lain