suria

'Bukan Semuanya Jahat' - Pekerja Asing

PETALING JAYA: Selain perlu melalui waktu kerja yang panjang, pekerja asing terpaksa berhadapan dengan situasi dipandang rendah oleh rakyat tempatan.

Warga India P. Jayasankar, 36, berkata ramai pekerja asing merasakan mereka dibenci.

"Ia tidak membantu apabila sebahagian daripada mereka minum arak di khalayak ramai dan menyebabkan kekecohan," kata bapa kepada dua anak, yang bekerja sebagai pekerja restoran di Malaysia sejak dua tahun lalu.

Jayasankar berkata, dia bekerja enam hari seminggu dan menggunakan hari cutinya dengan berehat adalah sangat penting.

"Ramai di kalangan kami yang datang bekerja di sini hanya bagi mendapatkan wang tambahan untuk dihantar kepada keluarga, tetapi mereka hilangan fokus mengenai keutamaan itu," katanya.

A. Nandakumar, 23, berkata apa yang berlaku di Singapura baru-baru ini tidak seharusnya dikaitkan dengan semua pekerja asing.

"Tidak semua daripada kami yang tidak baik, sebahagian daripada kami hanya mahu bekerja keras untuk menyara keluarga," kata pekerja restoran itu yang berasal dari Tiruchi, India.

Dia berkata, walaupun seorang warga India terbunuh dalam kemalangan bas di Singapura, kumpulan itu tidak sepatutnya melakukan keganasan seumpama itu.

P. Murthi, 31, yang merupakan seorang tukang masak berkata orang yang memulakan rusuhan di sana adalah tidak bertanggungjawab.

"Tindakan mereka boleh menyebabkan lebih ramai orang yang cedera atau terbunuh.

"Mungkin ia dihasut oleh seseorang yang mahu menyebabkan keadaan huru-hara atau ia telah diperburukkan lagi dengan keadaan kerja yang dihadapi oleh warga asing tertentu," kata bapa kepada dua anak yang juga berasal dari Tiruchi, India.

Murthi berkata, pekerja asing hendaklah sentiasa mematuhi undang-undang di negara ini di mana mereka bekerja.

"Negara ini dengan baik hati membenarkan kita untuk membina kehidupan maka kita tidak seharusnya menyebabkan masalah," katanya.

Seorang pekerja binaan warga Indonesia yang hanya mahu dikenali sebagai Musly, 45, berkata, walaupun bekerja di Malaysia kadang-kadang memberi tekanan, dia tidak bimbang mengenai pemberontakan yang sama akan berlaku di sini.

"Rakyat Malaysia adalah daripada pelbagai etnik dan agama. Mereka menerima dan memahami kita, selagi kita mematuhi undang-undang.

"Saya tidak pasti sesuatu seperti apa yang berlaku di Singapura akan berlaku di sini. Saya berasa selamat bekerja dan tinggal di sini," kata Musly, yang berasal dari Jawa Timur.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

5,607 Mangsa Banjir di Pahang

Artikel Lain