suria

Kilang Memproses Minyak Masak di Bukit Kayu Hitam Musnah Terbakar

Beginilah keadaan yang terbakar.
Beginilah keadaan yang terbakar.
Beginilah keadaan yang terbakar.

BUKIT KAYU HITAM: Sebuah kilang memproses minyak masak di kawasan perindustrian Bukit Kayu Hitam di sini musnah dalam kebakaran malam Rabu.

Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 12.30 malam, ketika kilang itu tidak beroperasi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu HItam, M. Pathamanadhan, lima jentera dengan 40 anggota dan pegawai digegaskan ke tempat kejadian sejurus menerima laporan.

"Bomba menghadapi kesukaran untuk memadam api dengan keadaan kilang yang besar. Api hanya dapat dipadamkan sepenuhnya kira-kira pukul 5 pagi," katanya ketika dihubungi.

Katanya nilai kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Bernama difahamkan kilang itu yang memproses dan membungkus minyak masak untuk dieksport ke Thailand pernah terbakar pada 29 September lalu dan mengakibatkan kerugian RM50,000. -BERNAMA

Artikel Lain