suria

Jumlah Mangsa Banjir Di Pahang Makin Berkurangan

KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di Pahang berkurangan kepada 5,376 berbanding 5,577 orang yang direkod petang Rabu.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga 9 malam ini, masih terdapat 1,352 keluarga di 73 pusat pemindahan dari 68 penempatan di enam daerah yang terjejas akibat banjir.

Pekan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 3,241 orang di 37 pusat pemindahan, Kuantan (838 orang di lima pusat), Maran (670 di 12 pusat), Temerloh (311 di 10 pusat), Bera (283 di tujuh pusat) dan Rompin (33 di dua pusat). - BERNAMA

Artikel Lain