Hanya Tiga Lot Tanah Milik Sabasun Akan Diambil - MB Terengganu - Semasa | mStar

Hanya Tiga Lot Tanah Milik Sabasun Akan Diambil - MB Terengganu

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata kerajaan negeri berhasrat mengambil balik hanya tiga daripada tujuh lot tanah milik Syarikat Sabasun Hyper Runcit Sdn Bhd 2 (Sabasun) cawangan Wakaf Tembesu bagi pembangunan Bandar Baru Perkasa Alam di Kuala Nerus.

"Sabasun mempunyai tujuh lot tanah dengan keluasan 10.2092 ekar di dalam kawasan pembangunan bandar baharu itu dan hasil rundingan, pemaju bersetuju untuk mengeluarkan empat lot tanah dari pelan.

"Bakinya, sebanyak tiga lot tanah itu akan diambil balik dan bayaran pampasan akan dibuat oleh pemaju dan sebagai ganti, pihak pemaju akan memberi tiga lot tanah yang setara keluasan dan nilainya," katanya dalam sesi penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Khamis.

Isu Sabasun menjadi hangat sejak sebulan lalu dan tersebar luas di laman sosial, setelah pemiliknya mendakwa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menganiaya usahawan Bumiputera apabila gagal memperbaharui lesen perniagaannya.

Sabasun dikategorikan sebagai sebuah 'super mini market' yang dan bukannya 'hipermarket' yang tertakluk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Mengulas lanjut, Ahmad berkata melalui beberapa siri perbincangan dengan pemaju, mereka telah diminta mengadakan perbincangan dengan pihak Sabasun bagi menyelaraskan pembangunan di kawasan itu namun tidak mendapat maklum balas daripada syarikat itu.

Ahmad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancang, Kewangan dan Pelaburan, Tanah, Petroleum dan Sumber Asli, Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri berkata cadangan pembangunan Perkasa Alam masih dalam penilaian kerajaan.

"InsyaAllah, kerajaan akan mempertimbangkan dan menyelesaikan isu yang dibangkitkan ini secara menang-menang dan tidak akan menganiaya mana-mana usahawan Bumiputera anak watan Terengganu," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Highland Tower Jadi Lokasi Berhantu

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain

Harimau Muda pulang awal