suria

Cadangan Projek Kereta Api Laju Singapura-KL Akan Dimuktamadkan - Najib

KUALA LUMPUR: Cadangan projek kereta api berkelajuan tinggi Singapura-KL, akan dimuktamadkan tahun depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menerusi 'tweet' beliau, Najib berkata 'Insya-Allah kita akan dapat memuktamadkan cadangan projek kereta api berkelajuan tinggi Singapura-KL itu tahun depan.

Cadangan projek kereta api berkelajuan 330km itu yang menelan belanja US$12 bilion (RM40 bilion), diumumkan oleh Perdana Menteri dan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong, Februari lepas

Menurut Najib apabila projek itu siap pada 2020, ia mampu memendekkan masa perjalanan antara kedua-dua ibu negara kepada hanya 90 minit.

Menurut laporan pada 18 Sept, walaupun butiran projek ini belum diumumkan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia baru-baru ini berkata Malaysia akan memulakan rundingan dengan Singapura pada minggu-minggu akan datang, yang menjurus kepada proses mengeluarkan tender pada separuh kedua tahun depan. -BERNAMA

Artikel Lain