suria

Banjir Di Terengganu Hampir Pulih, Hanya Berbaki 784 Mangsa

KUALA TERENGGANU: Hanya 784 mangsa banjir (190 keluarga) masih berada di 10 pusat pemindahan di seluruh Terengganu malam ini berbanding 1,341 orang (311 keluarga) petang Khamis.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negera (MKN), tiga daerah yang masih terjejas dengan banjir ialah Dungun, Kemaman dan Marang.

Di Kemaman, jumlah mangsa di empat pusat pemindahan ialah 394 orang (80 keluarga) berbanding 846 (187 keluarga) pada sebelah petang.

Ini diikuti Dungun yang mencatat 431 mangsa (102 keluarga) di lima pusat pemindahan malam ini berbanding 473 orang (116 keluarga) sebelumnya.

Jumlah mangsa banjir di Marang bagaimanapun kekal 22 orang (8 keluarga) di satu pusat pemindahan yang dibuka di Sekolah Kebangsaan Pasir Putih. - BERNAMA

Artikel Lain