suria

Rusuhan Di Singapura: Warga Malaysia Ditahan

Kenderaan polis turut terbakar dalam rusuhan itu.
Kenderaan polis turut terbakar dalam rusuhan itu.
Kenderaan polis turut terbakar dalam rusuhan itu.

PETALING JAYA: Seorang warga Malaysia telah ditahan untuk membantu siasatan berhubung kemungkinan terlibat dalam rusuhan di Little India, Singapura, malam Ahad.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar pada Selasa, kementerian tersebut dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.

Kenyataan itu turut memberitahu, Suruhanjaya Tinggi Malaysia turut dimaklumkan 'secara tidak rasmi' oleh Polis Singapura bahawa lima anggota polis bantuan adalah rakyat Malaysia yang mendapat status penduduk tetap di repulik itu, mengalami kecederaan ringan ketika membantu polis Singapura mengawal rusuhan itu.

"Lima warga Malaysia itu bekerja dengan tiga syarikat keselamatan utama yang diarahkan kerajaan Singapura untuk membantu polis Singapura ketika dalam operasi," menurut kenyataan Wisma Putra itu.

Suruhanjaya Tinggi, katanya, akan menghulurkan bantuan konsular yang perlu kepada rakyat Malaysia yang terjejas dengan diselaraskan bersama pihak berkuasa Singapura.

Kementerian Luar turut mengingatkan rakyat Malaysia yang melawat negara itu, bekerja atau menetap di luar negara supaya menghormati undang-undang negara lain sama seperti rakyat Malaysia mengharapkan warga asing yang tinggal di sini untuk mematuhi undang-undang negara ini.

Dilaporkan kira-kira 27 lelaki warga Asia Selatan ditahan ketika rusuhan itu yang berpunca apabila seorang pekerja India maut dilanggar sebuah bas persendirian di persimpangan Jalan Race Course dan Hampshire.

Menurut akhbar Singapore Straits Times, daripada 27 yang ditahan, 24 orang merupakan warga India, dua Bangladesh dan seorang penduduk tetap Singapura.

Artikel Lain