suria

Dua Menteri Wakili Malaysia Ke Upacara Pengebumian Mandela

PUTRAJAYA: Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili akan mewakili kerajaan Malaysia ke upacara pengebumian bekas Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela.

Kementerian Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan hari ini menyatakan upacara pengebumian bekas presiden itu akan diadakan dengan penuh istiadat pada 15 Disember ini di Qunu, Cape Timur, Afrika Selatan.

Mandela meninggal dunia di kediamannya di Johannesburg Khamis lepas pada usia 95 tahun. -BERNAMA

Artikel Lain