suria

Umno Tolak Tahaluf Siyasi Digariskan PAS

KUALA LUMPUR: Pendekatan dan konsep Tahaluf Siyasi yang digariskan oleh PAS adalah pendekatan yang ditolak dalam Umno.

Wakil Umno Perak Dr Mohd Nizar Zakaria berkata ini kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP menentang PAS dalam banyak perkara.

"Jika kita lihat pendekatan yang diambil mereka, yang berpegang kepada konsep Tahaluf Siyasi, ia adalah Tahaluf Siyasi yang ditolak.

"Setiap kali perkara-perkara yang disuarakan oleh PAS contohnya, akan ditentang oleh rakan-rakan sekongkolnya, baik daripada DAP mahupun PKR," katanya ketika membahaskan usul pendidikan dan agama di sini, Sabtu.

Naib Ketua Umno Bahagian Parit ini berkata Umno telah menggunakan pendekatan Tahaluf Siyasi sejak zaman Parti Perikatan lagi.

Katanya, atas pendekatan ini jugalah Almarhum Tuanku Abdul Rahman mahukan agama Islam dijadikan agama rasmi dan termaktub dalam Perlembagaan.

"Kitalah yang mempelopori konsep ini.

"Walaupun begitu dalam berkompromi dengan golongan bukan Islam seperti MCA dan MIC kita tetap jaga maruah dan kedaulatan agama Islam," katanya.

Dalam pada itu beliau turut menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menuntut budaya ketimuran di negara ini ditukar kepada barat yang mana salah satu tuntutannya ialah kerajaan membenarkan transgender sebagai satu gaya hidup.

Katanya, tuntutan tersebut adalah tuntutan biadab yang mencabar agama Islam.

"Badan Perhubungan Umno Negeri Perak mencadangkan tindakan tegas diambil terhadap mereka ini.

"Gunakanalah apa-apa perundangan yang boleh mengajar mereka supaya menghormati hak umat Islam dan Melayu di negara ini," katanya.

Artikel Sebelum

Umno Tidak Pernah Rasis - PM

Artikel Lain