suria

Suruhanjaya Menangani Ajaran Sesat Ditubuh - Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, satu Suruhanjaya Menangani Ajaran Sesat akan ditubuhkan dalam membanteras penyebaran ajaran sesat di negara ini.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, penubuhan Suruhanjaya itu adalah menerusi kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Jika hendak diikutkan fahaman Syiah semakin berbahaya. Sesungguhnya musuh Islam yang merupakan umat Islam tetapi mengikut ajaran Syiah yang sedang kita tangani bersama-sama dengan Jakim.

"Pada pagi ini bahawa imam dari Masjidil Haram, Makkah telah menyokong cadangan jurucakap negeri-negeri agar mendefinisikan Islam sebagai agama yang hanya mengikut ajaran As Sunnah wal Jamaah supaya dipraktikkan di negara kita sepenuhnya, " katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Sabtu.

Ahmad Zahid berkata, penubuhan Suruhanjaya itu antara lain adalah demi menjaga akidah rakyat Islam di negara ini.

Artikel Sebelum

Umno Tidak Pernah Rasis - PM

Artikel Lain