suria

Orang Kampung, Luar Bandar Kubu Kuat Bantu BN Menang Pilihan Raya - Shafie

KUALA LUMPUR: Penduduk kampung dan luar bandar disifatkan sebagai antara kubu kuat membantu Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, orang kampung dan luar bandar turut mempunyai kuasa dalam membantu BN untuk terus mempertahankan kedudukan sebagai kerajaan yang memerintah.

"Oleh itu, kita (kerajaan) tidak seharusnya lupa dan alpa terhadap sumbangan mereka terhadap kita," katanya pada ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Sabtu.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana memberi peruntukan yang banyak untuk kementeriannya dalam pembangunan rakyat khususnya mereka di luar bandar.

"Kalau boleh tambahlah lagi (peruntukan) untuk kementerian," katanya.

Artikel Sebelum

Umno Tidak Pernah Rasis - PM

Artikel Lain