suria

Lesen Memandu Mangsa Banjir Yang Hilang Atau Rosak Diganti Percuma

KUALA TERENGGANU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menggantikan lesen memandu mangsa banjir yang hilang atau rosak secara percuma.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad yang memberi jaminan itu berkata mangsa banjir bagaimanapun perlu membuat laporan polis terlebih dahulu dan membawa salinannya ke kaunter JPJ bagi mendapatkan lesen baharu.

"Itu adalah antara usaha JPJ yang prihatin dengan nasib malang mangsa banjir di negara ini dan diharap ia mampu melegakan sedikit kesusahan mereka," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan pembukaan institut memandu di Batu Buruk pada Sabtu.

Biasanya, membaharui lesen memandu yang hilang dikenakan caj denda sebanyak RM20. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Umno Tidak Pernah Rasis - PM

Artikel Lain