Hari Kedua Perhimpunan Agung Umno Sambung Perbahasan Ucapan Dasar Presiden - Semasa | mStar

Hari Kedua Perhimpunan Agung Umno Sambung Perbahasan Ucapan Dasar Presiden

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno 2013 yang masuk hari kedua pada Jumaat diteruskan dengan sambungan sesi perbahasan usul ucapan dasar oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada Jumaat, Perdana Menteri merasmikan Perhimpunan Agung Umno kali ke-64.

Tujuh pembahas dijadual membentangkan hujah masing-masing termasuk wakil Pergerakan Wanita, Puteri dan Mahasiswa Nasional, yang buat julung kalinya diberi peluang berbahas, bermula pukul 8.30 pagi.

Sesi perbahasan akan disusuli dengan pembentangan usul ekonomi serta agama dan pendidikan. Dua usul itu dijadual dibahaskan 19 wakil negeri-negeri dan Pergerakan Wanita, Pemuda serta Puteri.

Perhimpunan itu bermula dengan perasmian serentak persidangan tiga sayap Umno iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Presiden Umno, pada Selasa malam.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.