suria

Anggota MCA Pahang Gerakkan Bantuan Kepada Mangsa Banjir

Liow Tiong Lai.
Liow Tiong Lai.
Liow Tiong Lai.

KUANTAN: Anggota MCA Pahang diarahkan untuk memberikan bantuan kepada mangsa banjir terutama di kawasan yang terjejas teruk, kata Pengerusi parti negeri, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, paras air di Kuantan masih tinggi dan penduduk yang dipindahkan di pusat pemindahan di sini memerlukan semua sokongan yang boleh diberikan.

"Saya diberitahu oleh setiausaha kerajaan negeri bahawa mereka tidak mempunyai sukarelawan yang mencukupi dalam usaha-usaha bantuan dan saya telah memberitahu bahagian kami untuk menggerakkan ahli-ahli untuk membantu seberapa banyak yang mereka boleh," kata Liow selepas melawat pusat pemindahan di SJK (C) Chung Ching dan memantau keadaan di Kampung Baru Seri Teruntum di sini pada Jumaat.

Timbalan Presiden MCA itu juga berkata, bekalan bernilai RM10,000 telah disumbangkan oleh parti untuk dua pusat pemindahan di sini.

"MCA begitu mengambil berat mengenai isu-isu kemasyarakatan seperti ini. Apabila ada yang bermasalah dalam waktu yang sukar, kita akan berada di sana untuk membantu mereka," kata Liow.

Liow, yang akan bertanding dalam jawatan presiden parti, turut mengulangi bahawa menyatupadukan dan membangunkan MCA adalah keutamaan beliau.

"Tiada siapa lagi yang boleh menyelamatkan parti kecuali ahli kita sendiri. Apa yang penting sekarang ialah untuk mengukuhkan parti secara dalaman dan mewujudkan semula maruah ahli-ahli supaya kita boleh bercakap dengan suara yang kuat sekali lagi," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain