suria

Najib, Muhyiddin Bergilir Tinjau Keadaan Banjir

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bergilir-gilir meninjau keadaan banjir yang kini melanda beberapa buah negeri.

Muhyiddin berkata beliau akan ke Terengganu esok, sementara Najib telah bergegas ke Pahang sebaik sahaja merasmikan Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Khamis.

"Oleh kerana kita sedang mengadakan perhimpunan agung dan mesyuarat ini tidak boleh kita tangguhkan, maka kami bergilirlah, saya akan hadir di sini dalam mesyuarat pada hari ini dan esok saya akan turun (ke Johor).

"Yang penting ialah untuk menentukan segala persiapan yang telah kita buat sebelum ini telahpun beroperasi dan digerakkan di bawah panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Perhimpunan Agung Umno 2013.

Muhyiddin berkata beliau yakin segala aspek termasuk keselamatan, logistik dan bantuan makanan kepada mangsa banjir sudah diuruskan sebaik-baiknya oleh Jawatankuasa Bencana Alam.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain