Dua Wanita Warga Columbia Didakwa Curi 29 Utas Rantai Emas Bernilai RM49,000 - Semasa | mStar

Dua Wanita Warga Columbia Didakwa Curi 29 Utas Rantai Emas Bernilai RM49,000

KUALA LUMPUR: Dua wanita warganegara Colombia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis terhadap pertuduhan mencuri 29 utas rantai emas bernilai RM49,000 dari sebuah pasar raya, bulan lepas.

Aura Maria Flores, 40, dan Blanca Dorris Parra, 49, bersama-sama dua lagi rakan yang masih bebas didakwa mencuri rantai emas itu dari pasar raya Haniffa Sdn Bhd di Jalan Masjid India, Dang Wangi di sini pada 7 malam, 23 November lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Aura dan Blanca turut didakwa terhadap satu lagi pertuduhan iaitu berada di negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin dan menetapkan 19 Dis ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain