suria

BN Berkuasa Kerana Orang Melayu - Musa Sheikh Fadzir

Wakil Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir membahaskan usul ucapan dasar presiden sempena Perhimpunan Agung Umno Ke-64 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Khamis. - fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Wakil Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang mendakwa kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13 adalah kerana orang-orang Melayu di negara ini.

Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, orang Melayu menjadi kaum majoriti dan perlu dipertahankan serta diberi keutamaan dalam membangunkan negara ini.

"Parti-parti seperti MIC dan MCA bekerja untuk kaum mereka...itu tak mengapa.

"Walau bagaimanapun, apabila kita mahu mempertahankan hak-hak orang Melayu kita dalam Umno ia dianggap perkauman.

"Marilah menjadi praktikal, apa yang kita dapat dengan mempertimbangkan kesejahteraan semua orang berbanding ditikam dari belakang?" soal beliau.

Musa berkata slogan 'Salam 1Malaysia " sepatutnya diendahkan dan pengikut Umno perlu menggunakan slogan 'Salam 1Melayu'.

"Adalah lebih baik kita melihat pembangunan rakyat kita sendiri kerana hanya dengan cara itu negara ini akan benar-benar maju," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain