suria

Bantuan RM42.5 Juta Untuk Bapa Tunggal Dalam Tempoh Tiga Tahun Lepas

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM42.5 juta telah diberikan sebagai bantuan untuk membantu 14,263 bapa tunggal dari anggaran 250,000 bapa tunggal di seluruh negara.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan Er Teck Hwa (DAP-Bakri), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan bahawa RM42.5 juta telah diberikan kepada bapa tunggal untuk membantu mereka membesarkan anak-anak di antara tahun 2010 dan Jun 2013.

Negeri-negeri yang mempunyai jumlah bapa tunggal tertinggi ialah Sabah (2,868), Selangor (2,352) dan Kedah (1,999) diikuti oleh Johor (1,639) , Perak (1,285), Pulau Pinang (919), Terengganu (587) , Pahang (803), Melaka (509), Perlis (446), Kelantan (476), Negeri Sembilan (140), Sarawak (54) dan Wilayah Persekutuan (11).

Kementerian itu juga menyatakan bahawa terdapat 253,715 bapa tunggal di seluruh negara, di mana 201,012 adalah duda manakala baki 52,703 bercerai.

Mengenai perkara berasingan, kementerian itu berkata 332 suami menjadi mangsa keganasan rumah tangga antara 2008 dan Julai tahun ini di mana mereka itu telah diberikan perlindungan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga.

Sebanyak 25 kes keganasan rumah tangga melibatkan suami sebagai mangsa telah dilaporkan kepada polis di antara Januari dan Julai tahun ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain