Terengganu: Banjir Merebak Ke Marang - Semasa | mStar

Terengganu: Banjir Merebak Ke Marang

KUALA TERENGGANU: Keadaan banjir di Terengganu bertambah buruk apabila bencana alam itu kini melanda daerah Marang selepas Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negeri (MKN), keseluruhan mangsa banjir di Terengganu sekarang meningkat kepada 5,393 berbanding 4,929 orang petang Rabu.

Sehingga pukul 10 malam ini, sebanyak 68 pusat pemindahan telah dibuka di Terengganu iaitu 37 di Kemaman, 19 di Hulu Terengganu, 11 di Dungun dan satu di Marang.

Katanya di daerah Marang empat keluarga yang terdiri daripada 13 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan di Sekolah Pasir Puteh pada pukul 7 malam.

Manakala Kemaman masih merupakan daerah terjejas paling teruk apabila 3,224 mangsa daripada 796 keluarga dipindahkan ke 37 buah pusat pemindahan sehingga malam Rabu.

Di Dungun pula, mangsa yang dipindahkan setakat ini meningkat kepada 1,035 orang yang terdiri dari 269 keluarga berbanding 875 (233 keluarga) petang Rabu.

Manakala di Hulu Terengganu pula, jumlah mangsa banjir turut meningkat daripada 1,093 (313 keluarga) petang Rabu kepada 1,121 orang (328 keluarga) malam Rabu.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan air di beberapa buah sungai utama di negeri ini melepasi tahap bahaya sejak petang Rabu. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain