suria

Pemuda Umno Akan Tubuh Akademi Bentuk Kepimpinan Masa Depan

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno akan menubuhkan Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI) untuk dijadikan sebagai pusat pengkaderan dalam membentuk kepemimpinan masa depan.

Beliau berkata, akademi itu bertujuan untuk memastikan generasi seterusnya kekal unggul dalam menerajui Pemuda Umno.

"Ia adalah persediaan untuk esok. Pengkaderasasi ini akan meletakkan asas bagi Pemuda Umno. Saya tidak akan berada di sini selamanya, saya sudah pun 37 tahun.

"Maka kita perlu mulakan sekarang dengan golongan muda profesional, ulama. Ini adalah peralihan dan kesinambunagan dalam kepimpinan Pemuda Umno yang akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas berucap sempena Perhimpunan Agung Umno bagi pergerakan Pemuda di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Rabu.

Khairy berkata, penubuhan akademi itu dipersetujui oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemberian nama akademi sempena penghormatan kepada Ketua Pemuda yang pertama.

"Jika saya tinggalkan proses pengkaderasasi.... InsyaAllah yang akan datang selepas saya (sebagai pemimpin) berpegang kepada pendekatan dan hala tuju yang sama.

"Walaupun kita progresif tidak bermakna kita meninggalkan perjuangan bangsa, agama dan tanah air. Itu asas sahaja yang kita akan terus pegang tetapi kita mesti lebih daripada itu, " katanya.

Artikel Lain