suria

Najib Pengerusikan Mesyuarat Khas MT Sempena Perhimpunan Agung Umno 2013

Barisan Ahli Majlis Tertinggi Umno mengangkat sumpah sebelum bermulanya Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi, malam Rabu. Foto NORAFIFI EHSAN/The Star.
Barisan Ahli Majlis Tertinggi Umno mengangkat sumpah sebelum bermulanya Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi, malam Rabu. Foto NORAFIFI EHSAN/The Star.
Barisan Ahli Majlis Tertinggi Umno mengangkat sumpah sebelum bermulanya Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi, malam Rabu. Foto NORAFIFI EHSAN/The Star.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri yang juga Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak malam Rabu mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) sempena Perhimpunan Agung Umno 2013.

Perhimpunan agung tahun ini adalah yang pertama selepas pilihan raya umum ke-13, Mei lepas dan pemilihan parti Oktober lepas.

Mesyuarat tertutup di ibu pejabat Umno di Menara Dato' Onn di sini turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden Umno.

Antara yang turut hadir ialah Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin, Bendahari Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Ketua Penerangan Datuk Ahmad Maslan.

Antara anggota MT yang baru dilantik yang hadir ialah Naib Ketua Pemuda Khairul Azwan Harun, Naib Ketua Puteri Zahida Zarik Khan, anggota Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani, bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohanizam Ibrahim.

Kesemua anggota MT yang hadir mengangkat sumpah jawatan di hadapan Najib dan Muhyiddin sebelum mesyuarat bermula 9 malam.

Najib akan merasmikan Perhimpunan Agung Umno 2013 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra pada Khamis serta menyampaikan Ucapan Dasar Presiden kepada 2,759 perwakilan bahagian yang menghadiri perhimpunan kali ini. - BERNAMA

Artikel Lain