suria

Khairy Bayangkan Penggal Terakhir Sebagai Ketua Pemuda Umno

Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin membayangkan penggal ini merupakan tempoh terakhirnya menerajui pergerakan itu.

"Nampaknya begitulah. Saya tidak akan berada di sini (memegang jawatan ini) selama-lamanya. Saya sudah berusia 37 tahun," katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pemuda 2013 pada Rabu.

Bagaimanapun, katanya, adalah terlalu awal untuk membincangkan hal penggantinya.

Khairy berkata Pemuda Umno perlu menyediakan platform untuk menyediakan barisan pemimpin muda.

"Kalau kita tidak bermula sekarang, bila lagi kita boleh dapatkan pemimpin yang berumur 20-an, profesional muda, ulama muda atau memberikan ruang kepada mahasiswa berucap pada perhimpunan ini," katanya.

Ketika ditanya mengenai muzakarah PAS dan Umno, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata Pemuda Umno menyerahkannya kepada kepimpinan tertinggi parti.

"Bagi Pemuda, kami mahu melihat muzakarah ini berlaku tetapi kami menyerahkannya kepada pucuk pimpinan parti untuk memutuskannya," katanya. -BERNAMA

Artikel Lain