suria

DBKL Tutup Jalan Untuk Penyusunan Semula Hentian Bas

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup beberapa jalan ibu negara bagi kerja-kerja penyusunan semula hentian akhir bagi perkhidmatan bas henti-henti, mulai 1 Disember lepas.

Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL Norhaslinda Nordin berkata penutupan yang bertujuan mengelak kesesakan lalu lintas itu akan dilakukan dalam dua fasa, sehingga projek dijangka siap pada 26 Jun 2014.

Katanya, tiga lokasi terlibat ialah Jalan Tun Perak (berhadapan Cahaya Suria), Lebuh Pudu dan Jalan Silang.

"Fasa pertama membabitkan penutupan sebahagian Jalan Tun Tan Siew Heng selama tempoh empat bulan bermula 1 Disember 2013, manakala fasa kedua membabitkan penutupan sepenuhnya di Lebuh Pudu dan sebahagian Jalan Tun Perak mulai 1 April 2014," menurutnya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Justeru, orang ramai dinasihatkan mematuhi isyarat dan papan tanda lalu lintas yang disediakan di kawasan berkenaan. - BERNAMA

Artikel Lain