suria

Amaran Hujan Lebat Di Kelantan, Pahang & Terengganu

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia pada Rabu mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga di beberapa kawasan di Kelantan, Pahang dan Terengganu yang dijangka berterusan sehingga Khamis.

Menurut kenyataan jabatan itu pada Rabu, hujan yang kadang kala sederhana akan berlaku di Kuala Krai, Kelantan; Kuantan, Pekan, Rompin dan Maran di Pahang serta Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu di Terengganu.

Keadaan itu akan menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah.

Amaran hujan lebat peringkat kuning juga dikeluarkan di Jerantut, Pahang; Besut, Setiu, Kuala Terengganu dan Marang di Terengganu; Tumpat, Kota Baharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Bachok di Kelantan; Sik, Baling dan Padang Terap di Kedah serta Hulu Perak, Perak.

Hujan itu dijangka berterusan hingga Khamis dan boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah.

Menurut jabatan itu, amaran peringkat Kuning adalah tidak kritikal yang melibatkan hujan yang kadang-kadang sederhana dan lebat.

Peringkat Jingga juga tidak kritikal dengan hujan sederhana dan lebat yang berterusan.

Peringkat Merah pula bermaksud amaran peringkat tertinggi dengan hujan lebat yang boleh membawa banjir teruk. - BERNAMA

Artikel Lain