suria

Rundingan Penstrukturan Air Berjalan Lancar - MB Selangor

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata setakat ini rundingan mengenai penstrukturan semula air di negeri itu berjalan lancar.

Katanya tumpuan rundingan untuk minggu ini dan minggu depan adalah kepada perkara yang belum disepakati.

"(Rundingan) Sekarang tengah berjalan begitu hebat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Masyarakat Ekonomi Asean 2015, di sini Selasa.

Rundingan itu yang dijangka berakhir hujung bulan ini melibatkan kerajaan persekutuan, kerajaan Selangor dan pemegang konsesi air Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd dan Konsortium Abass Sdn Bhd. - BERNAMA

Artikel Lain