suria

Mayat Lelaki Ditemui Terapung Di Cheras

KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki yang dipercayai lemas ditemui terapung di Tasik Sri Permaisuri, Cheras petang Selasa.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak, Mahadi Alwi berkata mayat yang dipercayai warga asing itu ditemui oleh seorang pekerja pembersih tasik kira-kira 3.30 petang.

"Pekerja itu melihat satu tubuh terapung di tengah-tengah tasik dalam keadaan bogel.

Mangsa dipercayai mati lebih kurang 10 jam lepas," katanya kepada pemberita dilokasi kejadian. - BERNAMA

Artikel Lain