suria

Akta Gangguan Seksual Akan Diwujudkan - Rohani

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mewujudkan Akta Gangguan Seksual yang bukan hanya dikhususkan kepada wanita, malah sebagai suatu akta yang lebih menyeluruh.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata perbincangan akan diadakan bagi mewujudkan akta tersebut bersama pihak berwajib bagi memperbaiki akta sedia ada.

"Kita pada masa ini akan jalankan satu kerjasama untuk membawa Akta Gangguan Seksual kepada undang-undang sedia ada yang perlu diperbaiki lagi. "Satu perbincangan akan diadakan bagi mewujudkan akta tersebut demi kebaikan yang bukan sahaja untuk wanita sahaja tetapi sebenarnya untuk semua," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 berkaitan kementerian itu di Dewan Rakyat pada Isnin.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Integrasi Nasional Perak Datuk Rusnah Kassim baru-baru ini menggesa kerajaan agar segera memperkenal Akta Gangguan Seksual supaya kesalahan itu dapat diselesai mengikut peruntukan undang-undang yang lebih jelas tanpa menggunakan akta lain.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung hari ini. -BERNAMA

Artikel Lain