suria

Ustaz Kazim Serah Kepada PM Umum Keputusan

Mohammad Kazim Elias
Mohammad Kazim Elias
Mohammad Kazim Elias

PETALING JAYA: Penceramah bebas, Mohammad Kazim Elias atau lebih popular dengan panggilan Ustaz Kazim masih berteka-teki mengenai isu perlantikannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Beliau bagaimanapun menyerahkan kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengumumkan mengenai keputusan status perlantikannya.

Perkara itu dicapai selepas mengadakan pertemuan selama sejam dengan Perdana Menteri di bangunan Parlimen pada pagi Isnin.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Mohammad Kazim turut mengumumkan keluar secara rasmi daripada PAS.

Baru-baru ini Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan Mohammad Kazim merupakan antara sembilan Ahli MT Umno yang dilantik bagi membantu Umno membetulkan kekurangan dalam parti itu mengenai Islam.

Bagaimanapun hingga kini beliau masih belum mengumumkan keputusan muktamad sama ada untuk menerima pelantikannya itu ataupun tidak.

Artikel Lain