suria

Pembantu Kedai Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

KUANTAN: Seorang pembantu kedai makanan maut dalam nahas jalan raya membabitkan tiga kenderaan di Km132 Jalan Kuantan-Johor Baharu dekat Rompin pada Isnin.

Mangsa, Tee Ah Moi, 39, beralamat di Kampung Orang Asli Batu 3 Jalan Sabak, Rompin mati semasa dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan dari Klinik Rompin.

Menurut Pegawai Penguatkuasa Trafik dan Pentadbiran, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, ASP Zainalabidin Othman, dalam kejadian 3 petang itu, mangsa wanita itu menunggang motosikal jenis Kriss Modenas dari arah Kuantan menuju ke Rompin untuk ke tempat kerja.

"Di tempat kejadian, dipercayai semasa mangsa membelok ke kanan jalan dia telah dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta Proton Wira yang mengekori terlalu rapat menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan. "Pada masa yang sama sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Innova yang berada di belakang Proton Wira terbabit turut melanggar dan menyeret mangsa beberapa meter," katanya di sini.

Beliau berkata, mangsa wanita itu mengalami cedera parah di kepala dan badan. -BERNAMA

Artikel Lain