Pelajar Ditahan Berhubung Kes Bunuh Tiga Beradik - Semasa | mStar

Pelajar Ditahan Berhubung Kes Bunuh Tiga Beradik

ALOR SETAR: Polis menahan seorang pelajar berumur 16 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan tiga beradik dari Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata pelajar itu yang merupakan kenalan seorang mangsa Nor Syafikah Nadia Rusdi, 14, ditahan di rumah ibu bapanya di Perlis pukul 11.30 malam Ahad.

Beliau memberitahu pemberita di pejabatnya di sini Isnin bahawa pelajar itu kini ditahan reman selama empat hari mulai Isnin bagi membantu siasatan kes.

Mayat Nor Syafikah Nadia ditemui di tepi sawah di Alor Senibong, Langgar pada pukul 3.45 petang Sabtu manakala mayat dua adiknya Puteri Nurul Akma, 3, dan Nur Izzati Husna, 12, ditemui di terusan Mada Kampung Padang Tani pada pukul 4 petang Ahad kira-kira 3.5 kilometer dari tempat mayatnya ditemui.

Tiga beradik itu dilapor menaiki motosikal ke rumah rumah rakan Nor Syafikah Nadia di Kampung Gelam yang tidak jauh dari rumah mereka kira-kira pukul 7.30 malam pada Jumaat.

Mereka kemudiannya tidak pulang sehinggalah mayat mereka ditemui.

Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Adzaman berkata bedah siasat ke atas mayat Puteri Nurul Akma dan Nur Izzati Husna mendapati punca kematian mereka adalah disebabkan lemas di samping terdapat kesan calar pada badan mereka.

Kematian ketiga-tiganya didapati berlaku dalam tempoh hampir sama, katanya.

Beliau berkata contoh darah ketiga-tiga mangsa telah dihantar ke Jabatan Kimia di Pulau Pinang.

Adzaman menegaskan mangsa tidak dirogol dan meminta orang ramai menghentikan spekulasi itu.

Beliau berkata polis masih menyiasat hubungan pelajar itu dengan mangsa dan telah menemu bual lebih 10 individu termasuk keluarga dan rakan mangsa. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain