suria

Cadangan Jadikan SPRM Badan Bebas Sedang Dikaji - Razali

KUALA LUMPUR: Cadangan untuk menjadikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebuah badan bebas seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini di peringkat kajian, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.

Beliau berkata cadangan itu akan dibawa ke Dewan Rakyat yang melibatkan pindaan seksyen undang-undang berkaitan.

"Kerajaan mengharapkan kerjasama daripada semua untuk memberi sokongan dua pertiga sebelum dapat menubuhkan sebuah badan yang akan kelihatan lebih telus. "Langkah tersebut juga membuktikan kerajaan serius dalam menangani rasuah," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Razali berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) yang ingin mengetahui sama ada kerajaan bercadang meminda sebarang peruntukan undang-undang bagi mewujudkan Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah, menggantikan SPRM, sebagai sebuah badan bebas seperti SPR.

Katanya promosi supaya rakyat membenci perlakuan rasuah disemai di peringkat pendidikan lagi dan dimuatkan dalam sukatan pengajian di sekolah dan peringkat universiti. -BERNAMA

Artikel Lain