suria

Amaran Hujan Lebat Di Johor, Pahang

KUALA LUMPUR: Amaran hujan lebat peringkat jingga di beberapa kawasan di Pahang dan Johor dijangka berterusan sehingga Selasa.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan malam Isnin menyebut hujan lebat dijangka dialami di beberapa daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin dan Bera di Pahang serta Mersing, Kluang, Segamat dan Batu Pahat di Johor.

"Keadaan ini akan menyebabkan banjir di kawasan yang berkedudukan rendah," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, amaran peringkat kuning di Terengganu (Dungun dan Kemaman) dan Johor (Ledang, Kota Tinggi dan Muar) turut dijangka berterusan hingga Selasa.

Keadaan itu boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah, katanya. - BERNAMA

Artikel Lain