suria

Remaja Perempuan 14 Tahun Ditemui Mati Di Sawah Padi

Mayat seorang remaja perempuan ditemui di Alor Setar, Kedah.
Mayat seorang remaja perempuan ditemui di Alor Setar, Kedah.
Mayat seorang remaja perempuan ditemui di Alor Setar, Kedah.

ALOR SETAR: Mayat seorang remaja perempuan berusia 14 tahun ditemui di kawasan sawah padi di Kampung Alor Senibong selepas dia dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Gelam dalam tempoh lebih 12 jam.

Dua lagi adiknya masing-masing berusia 12 dan tiga tahun yang meninggalkan rumah bersama mangsa masih lagi hilang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, mayat remaja perempuan itu ditemui dalam keadaan tertiarap di lokasi kejadian kira-kira pukul 3.45 petang Sabtu.

Siasatan awal mendapati remaja perempuan itu meninggalkan rumah bersama dengan dua adiknya kira-kira pukul 7.30 malam, 29 November lalu untuk bertemu seorang rakan di Kampung Gelam.

Ibunya yang bimbang mengenai keselamatan mereka, selepas ketiga-tiga anaknya itu tidak pulang ke rumah pada tengah malam, membuat laporan polis kira-kira pukul 2 pagi, 30 November lalu.

Mohd Nashir berkata polis akan mengambil kira semua aspek dalam siasatan dan mengklasifikasikan kes tersebut dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata polis turut mencari dua adik perempuannya.

Artikel Lain