suria

Penunggang Motosikal Maut Terbabas Di Kuantan

KUANTAN: Seorang pemuda maut apabila motosikal ditungganginya terbabas dan terbakar selepas merempuh bahagian tepi sebuah kereta di Jalan Semambu, di sini Sabtu.

Dalam kejadian 5.30 petang itu, Mohd Afiq Ikhwan Kamaruzaman, 24, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pegawai Penguatkuasa Trafik dan Pentadbiran, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang ASP Zainalabidin Othman berkata akibat rempuhan itu, mangsa terpelanting dan terjatuh di atas permukaan jalan sebelum motosikalnya terbakar.

Pemandu kereta berkenaan yang tidak mengalami sebarang kecederaan sudah membuat laporan di Balai Polis Trafik, katanya ketika dihubungi pada Ahad. - BERNAMA

Artikel Lain