suria

Pengawal Keselamatan Lepas Tembakan Tidak Sengaja Di Sebuah Kedai Emas

GEORGE TOWN: Seorang pengawal keselamatan melepaskan tembakan secara tidak sengaja menggunakan selaras senjata api pump gunnya ke lantai sebuah kedai emas di Penang Road, Ahad.

Akibatnya, serpihan peluru itu terpelanting ke kabinet berdekatan.

Mujurlah, tiada siapa yang cedera dalam insiden pukul 11 pagi itu.

Salah seorang pekerja kedai tersebut berkata, dia sedang melayan pelanggan apabila tembakan dilepaskan.

"Bunyi tembakan itu mengejutkan pelanggan kami yang terus meninggalkan kedai ini dengan serta-merta," kata pekerja itu.

Dia berkata difahamkan senapang pengawal keselamatan itu tidak diletakkan dalam keadaan sepatutnya.

Seorang jurucakap polis berkata, pengawal keselamatan itu kemudiannya dibawa ke balai polis berdekatan untuk siasatan lanjut.

Artikel Lain